Saturday, March 26, 2011
MAHALkah seBUaH kemaAFAn
" Gua dah buat salah dengan seseorang, gua menyesal ", keluh hati.
" Kenapa tak saja lu hulurkan tangan kepada beliau dan minta maaf ? ", keluh hati yang sama.
" Entah, mungkin gua ego ", rintih hati lagi.
" Apa ego lu boleh bawa ke mati ? ", hati terus berkecamuk.
" Bagaimana kalau gua tak dimaafkan ? Gua takut ", hati bersuara resah.
" Apa lu nak hidup terus dalam ketakutan dan sesalan ? ".
***
Pernahkah lu rasa down bila lu buat salah pada seseorang?
Pernahkah lu rasa sangat menyesal bila kebodohan lu telah membuatkan insan lain berkecil hati?
Pernahkah lu rasa kecewa dengan sikap penting diri yang telah memberikan kesan kepada insan lain?
Seharusnya setiap sesalan atas kesilapan perlukan juga sebuah kekuatan. Kekuatan untuk mengakui kelemahan diri. Kekuatan untuk mengucapkan kata maaf. Kekuatan untuk berfikir dan merenung kembali kesilapan dan memperbaiki kekurangan diri.
Tapi..
Bagaimana kalau kemaafan yang lu sangat inginkan tu tak dihulurkan? Bagaimana kalau maaf yang lu pinta tak diendahkan? Perlukah lu rasa tersentap? Perlukah lu rasa keegoan lu tercabar? Perlukah lu rasa ingin mengalah dan melangkah pergi?
Kadang-kadang nilai kemaafan itu sangat mahal. Bukan mudah untuk seseorang menghulurkan maaf. Mungkin kerana apa yang terjadi sangat terkesan di hati dan hidup mereka. Mungkin juga kerana kisah silam mereka yang membuatkan mereka jadi takut, takut untuk menghulurkan sebuah kemaafan.
Ada kalanya, maaf dihulur dengan besar hati. Dengan sebuah maaf, mungkin mampu merubah hidup seseorang. Dengan sebuah maaf, mungkin dapat membantu seseorang mengatur langkah lebih sempurna dalam hidupnya. Dengan sebuah maaf juga mungkin dapat mengeratkan lagi hati dua insan yang dulu berbalah.
***
Kelana seorang perantau mencari sebuah kehidupan, gagah mengatur langkah untuk membina hidup dan harapan baru di negeri orang. Sang perantau mengerti, bukan senang mencapai impian. Dalam berkelana, ada kalanya sang perantau alpa akan adat resam di tempat orang yang harus dihormati. Dalam seribu langkah yang diatur, pasti ada langkahan yang sumbang.
Namun sang perantau perlu kuat, terus-terusan harus kuat. Berpuluh langkahan sumbang sekalipun, berpuluh kali beliau jatuh sekalipun, semua itu bukan satu kepentingan baginya. Sang perantau tahu, berapa kali beliau bangun kembali untuk meneruskan langkah, itu yang lebih penting dalam menentukan kejayaannya.
Seribu kali beliau jatuh, seribu kali itulah beliau bangun. Doa beliau adalah kekuatan. Impian beliau adalah harapan.
**
Kelana seorang manusia dalam sebuah kehidupan di bumi, tak sesekali akan sempurna, kerana khilaf dan manusia adalah takdir erat yang tak sesekali mampu diubah. Andai perlu diberikan peluang untuk dibetulkan langkah mereka yang bodoh itu, berikan. Kerana mungkin maaf itu nilainya umpama sebuah bintang yang akan sentiasa bekerlipan menyinari hidup mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment